FB Group

Tubuh Suruhanjaya Diraja siasat Proton rugi RM3.4b

Wednesday, February 8, 2012 | comments

Semalam akhbar New Straits Times melaporkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah berkata bahawa Proton Holdings telah kehilangan sejumlah besar simpanan tunainya dari nilai RM4 bilion kepada jumlah yang begitu rendah sebanyak RM600 juta untuk menampung kerugian syarikat.

Menurut Dr Mahathir, pembuat kereta nasional, Proton telah mengumpul RM4 bilion sepanjang tempoh khidmat Tengku Tan Sri Mahaleel Ariff sebagai CEO, 
tetapi jumlah tersebut telah menyusut ke paras RM600 juta sewaktu perkhidmatan penggantinya Datuk Mohammed Azlan Hashim.

Dr Mahathir juga menambah bahawa kerugian yang dialami juga disebabkan oleh penjualan MV Augusta kepada sebuah syarikat yang tidak dikenali bernama Gevi SpA pada tahun 2006 dengan harga 1 Euro, sungguhpun Proton telah membelanjakan lebih RM300juta untuk pegangan sebanyak 57%. Berikutan penjualan MV Augusta oleh Proton, BMW telah membayar 93 juta Euro atau RM446 juta pada waktu yang sama untuk pegangan satu pertiga dari MV Augusta. Harley Davidson pula membeli baki pegangan MV Augusta untuk USD109 juta atau RM 360 juta pada waktu itu. Dalam kata lain, syarikat yang dijual oleh Proton pada harga 1 Euro atau RM4.80, telah dijual semula kepada BMW dan Harley Davidson pada harga berjumlah RM800 juta.

Seperti yang dikatakan oleh Dr Mahathir, kejatuhan Proton adalah disebabkan pengurusan yang lemah.

Oleh yang demikian, DAP menyeru supaya satu Suruhanjaya Siasatan Diraja dibentuk untuk menyiasat salah urus Proton dan kerugian berbilion ringgit yang dialami sepanjang waktu ini, terutamanya kerugian berjumlah RM3.4 bilion dalam bentuk simpanan tunai. Ini adalah satu perkara serius, memandangkan Proton adalah pembuat kereta nasional.

Siasatan haruslah menentukan sama ada kerajaan boleh mengurangkan kerugian dengan menggulung syarikat Proton secepat mungkin, atau mengambil risiko kerugian yang lebih besar seperti yang terjadi dalam perjanjian MV Augusta. Ini adalah satu keputusan yang sangat penting yang mesti dikaji dalam siasatan tersebut kerana rakyat Malaysia pastinya tidak mahu Proton terus kerugian.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Templates Doctor | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Tukanglawantest - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Templates Doctor
Proudly powered by Blogger