FB Group

Showing posts with label Rosmah. Show all posts
Showing posts with label Rosmah. Show all posts

Flos terkedu lagi

Thursday, February 2, 2012 | comments

 

Selepas penafian rosmah tentang artikel yang ditulis oleh sebuah akhbar Sydney Morning Herald  yang melaporkan rosmah mansor membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney dua minggu lalu, terfikir-fikir "tukanglawan" betulkan rosmah itu boros?

Tengok-tengok muka rosmah ni, dia nampak begitu suci sekali, tambahan pula dia memang pandai menabung sejak dari kecil, tak mungkin lah dia belanjakan wang yang banyak untuk baju-bajunya,

Lagi pun kalau kita lihat baju-baju rosmah taklah "santek" mana pun., beg-beg tangan dan perhiasan yang dipakai dikhabarkan bukan yang asli, ini demi mengurangkan kos, lagipun rosmah memang tak suka membazir-membazir nei.

Lagi pun kan rosmah dah kata dah, semua cerita-cerita buruk yang orang sampaikan itu fitnah belaka, kata rosmah lagi ramai orang sengaja besar-besarkan cerita itu, jadi sume crita yang dikatakan itu bohong-bohong belaka. rosmah je yang betul, dia sungguh suci. kah..kah..kah..

Tapi pulak macam mana dengan kenyataan Kolumnis Sydney Morning Herald Andrew Hornery mempertahankan dakwaannya bahawa isteri perdana menteri Rosmah Mansor membelanjakan lebih RM300,000 semasa lawatannya ke Australia, apa pula motif Andrew kalau nak fitnah rosmah pun, rasanya takde pun motif.

Jadi sekarang macam mana nei, rosmah takkan nak diam pulak, kan rosmah suci murni, kalau rosmah tak bersalah, rosmah kene la yakin, saman aje penulis artikel tu. lagi pun penulis tu berkeras pertahankan artikelnya.

"Saya tetap pertahankan setiap kata-kata saya. Sumber saya amat kukuh," kata Hornery dalam Twitternya

Tak boleh jadi macam nei, rosmah perlu mempertahankan kesuciannya, rakyat nak tahu nei,

rosmah jangan lah jadi macam najib yang takut terima cabaran debat tu, rosmah kene berani bertindak. rosmah kene failkan saman malu nei, satu Australia dah tahu rosmah nei kaya tau, satu dunia tahu rosmah suka shooping, mana boleh jadi , itu semua fitnah, kah..kah..kah.

Cepatlah saman , kalau kak rosmah tak bersalah takkan tak berani pulak kan, lainlah kalau rosmah memang buat apa yang akhbar tu tulis, mestilah rosmah diam dan tak mahu isu nei diperbesarkan.

Bukan apa, nanti kalu menang saman, bolehlah shooping lagi. kah.. kah.. kah..

# Baca analisis penuh kekayaan rosmah lagi

Bahagian 1 - Analisis penuh kekayaan rosmah (Wajib baca)
Bahagian 2 - Analisis penuh kekayaan rosmah II (Rosmah nak saman?)
Bahagian 3 - Analisis penuh kekayaan rosmah III (Beg tangan palsu)
Bahagian 4 - Analisis penuh kekayaan rosmah IV (FLOS terkedu lagi)

Mahu jadi ahli sukan

| comments


Lain orang lain caranya, jika Datuk Lee Chong Wei mengharumkan nama negara dengan menjadi pemain badminton terhebat, Datuk Nicol Ann David pula membanggakan negara ini dengan menjadi pemain skuasy profesional wanita berbangsa Malaysia yang menjadi wanita Asia pertama yang menduduki tangga  no 1 dunia..

Terbaru, rosmah pula sedang membawa nama malaysia ke peringkat antarabangsa pula, ke peringkat lebih tinggi.

Baru beberapa hari yang lalu rosmah dianugerahkan gelaran (FLOS) oleh seorang pereka pakaian dari Australia, kini nama rosmah sudah mula menjadi tajuk-tajuk utama berita khususnya dinegara jiran. hebat bukan? kah.. kah..kah,

Semua ini gara-gara pendedahan akhbar Australia Sydney Morning Herald baru-baru ini yang  melaporkan isteri Perdana Menteri, rosmah mansor membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney dua minggu lalu.
Rosmah yang dikatakan 'pengikut fesyen yang berdedikasi', itu sebenarnya bukan pertama kali di siarkan cerita kemewahannya diakhbar dan portal antarabangsa, The West Australian sebelum ini pernah mendedahkan seorang wanita pertama yang dipercayai rosmah telah membelanjakan kira-kira A$150,000 (RM487,000) untuk membeli mutiara di David Jones (baca sini) - sebuah gedung mewah terkemuka di Australia Barat

Juga tidak lama dahulu sebuah portal akhbar dari negara jiran (Indonesia) juga pernah siarkan berita kekayaan rosmah, portal Kompas itu ( klik sini) mengulas isu cincin permata yang hangat dikatakan tidak lama dahulu.
Terbaru, sebuah portal berita negara jiran (singapura) menyiarkan kesinambungan cerita yang disiarkan oleh akhbar Australia Sydney Morning Herald , Portal Asia one news itu turut juga menulis artikel penuh kekayaan yang dimiliki rosmah (FLOS) itu.

Bukan setakat itu, pembaca portal berita dinegara jiran (Brunei) juga dapat mengikuti pendedahan tabiat berbelanja mewah rosmah ini yang boleh diakses dari portal brudirect.com
 
Rosmah sudah nafikan laporan akhbar-akhbar luar negara itu, rosmah anggap itu semua fitnah jahat oleh orang-orang yang dengki dan mahu jatuhkannya,... kah..kah..kah.

Nampak gayanya jika rosmah benar difitnah, dia bolehlah mula menfailkan saman terhadap akbar-akbar dan portal berita antarabangsa, mungkin sedang menunggu tindakan lanjut oleh first lady of shooping itu, kerana bagi rata-rata rakyat tindakan rosmah yang setakat menafikan tidak membuktikan apa-apa , rosmah perlu berani memfailkan saman supaya perbicaraan yang adil di mahkamah luar dari negara ini boleh dilakukan.
Rosmah saat ini sedang menaikkan nama malaysia, semua orang sudah tahu rosmah adalah seorang wanita kaya hasil dari sikap suka menabung yang diamalkannya dari kecil, dan dunia sekarang tahu malaysia punyai seorang perdana menteri yang sangat kaya, mungkin lebih kaya dari yang mampu kita gambarkan.

Rosmah, tak dapat harumkan nama Malaysia dengan bermain badminton pon tak apalah, kerana rosmah sudah bawa nama malaysia ke peringkat lebih tinggi setelah mendapat gelaran
FLOS, negara jiran sudah mula bukak mata. kenapa kita masih tak sedar itu semua? kah..kah..kah..
# Baca analisis penuh kekayaan rosmah lagi

Bahagian 1 - Analisis penuh kekayaan rosmah (Wajib baca)
Bahagian 2 - Analisis penuh kekayaan rosmah II (Rosmah nak saman?)
Bahagian 3 - Analisis penuh kekayaan rosmah III (Beg tangan palsu)
Bahagian 4 - Analisis penuh kekayaan rosmah IV (FLOS terkedu lagi)

Analisis penuh kekayaan rosmah VII (Skandal pereka fesyen)

| comments



Wartawan fesyen Patty Huntington dalam blognya Frockwriter mendedahkan urusan e-mel untuk membuktikan kesahihan laporan yang ditulisnya mengenai isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Datin Seri Rosmah Mansor yang ‘berbelanja sakan’ membeli pakaian pereka eksklusif di Sydney, Australia.

NONEBuat kali pertamanya, Huntington menulis dengan panjang lebar di blog beliau dengan dijelaskan secara terperinci tentang apa yang berlaku antara beliau dan pereka Carl Kapp serta ‘publicist’ beliau, Little Hero, sebelum berita berkenaan dipetik oleh akhbar The Sydney Morning Herald pada 21 Januari.

Huntington (kanan) berkata bahawa beliau pertama kali mendapat maklumat pada 16 Januari oleh seorang kakitangan Littele Hero yang bernama Holly Beer yang menghantar e-mel kepada penulis blog itu menceritakan mengenai pembelian 61 helai pakaian oleh Rosmah dari kedai Kapp.

Dalam e-mel Beer ini kepada penulis blog itu, beliau menceritakan pertemuan Kapp dengan Najib dan Rosmah di penthouse Hotel Darling Hotel. Beer mendakwa ketika itu, pakaian berkenaan dipesan untuk majlis Rosmah yang dikatakan adalah banyak.

"Pakaian perlu disiapkan pada tempoh sebulan selepas percubaan kedua. Semua pakaian perlu diubah-suai supaya berlengan panjang, dengan memastikan tidak ada bahagian pergelangan kaki atau tangan yang terdedah.

NONE"Beberapa fesyen yang dipesannya itu termasuk skirt Emilia dan blaus berlengan panjang.

"Dia (Rosmah) juga meminta pakaian tambahan lain selain 61 helai yang telah dipesan itu. Ini adalah campuran AW12 (Autumn Winter 2012) dan SS11 (Spring Summer 2011)," tulis Beer.

Huntington juga mempertahankan tulisan di blog beliau dengan mendedahkan bahawa Kapp diterbangkan ke Kuala Lumpur bulan lalu untuk pakaian berkenaan dicuba. Beliau sebaliknya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini pada 25 Januari menafikan perkara itu dan berkata bahawa lawatannya ke Malaysia adalah sebahagian daripada projek ‘Jelajah Asia’ dan bagi mendapatkan bahan untuk rekaannya.

"Kapp beritahu saya, dia (Rosmah) minta saya untuk datang ke KL untuk mencuba pakaian berkenaan.

carl kapp sydney designer"Saya (Kapp) berkata 'jika anda (Rosmah) membayar tambang perjalanan, pasti (saya akan datang) ... saya tidak percaya bahawa saya akan diterbangkan ke sana bulan depan semata-mata untuk pakaian itu dicuba untuk hanya selama sejam setengah.

"Dan kemudian diterbangkan sekali lagi pada keesokan harinya," katanya mendedahkan, sebahagian daripada petikan perbualan dengan Kapp pada 17 Januari lalu.

Sumber- Malaysiakini

Bahagian 1 - Analisis penuh kekayaan rosmah (Wajib baca)
Bahagian 2 - Analisis penuh kekayaan rosmah II (Rosmah nak saman?)
Bahagian 3 - Analisis penuh kekayaan rosmah III (Beg tangan palsu)
Bahagian 4 - Analisis penuh kekayaan rosmah IV (FLOS terkedu lagi)
Bahagian 5 -Analisis penuh kekayaan rosmah V (Mahu jadi ahli sukan)
Bahagian 6 -Analisis penuh kekayaan rosmah VI (Sayang permata)

Analisis penuh kekayaan rosmah VIII

| comments


Benarlah kata orang, suami mana yang tidak sayangkan bini, suami mana yang tahan telinga bila isteri kesayangan diburukkan orang, begitu juga dengan najib altantuya, sayangnya pada rosmah ibarat sayangnya Shah Jahan kepada Mumtaz Mahal, sayangnya dia sehingga sanggup membina Taj mahal, yang sampai sekarang merupakan keajaiban dunia yang asngat hebat.

Sayangnya najib kepada rosmah, jangan kita nafikan, kemana saja najib pergi, rosmah gedik-gedik pasti terselit sama, 
Tak cukup sayang lagikah itu sehingga sanggup diberi satu ruangan pejabat di jabatan perdana menteri sendiri, pernah satu ketika bila najib demam, rosmahlah yang paling dipercayai najib, sehingga diamanahkan najib kepada rosmah untuk gantikan dirinya merasmikan little indian di brickfield tak lama dulu.

"tukanglawan" masih tercari - cari kalau ada kes serupa itu, isteri perdana menteri gantikan si suami untuk majlis yang dikira besar, mungkin timbalan perdana menteri turut demam ketika itu agaknya, lalu sebagai isteri, rosmah walaupun tidak pernah bertanding menjadi ahli parlimen dikira paling layak ketika itu, 

Sayangnya najib pada rosmah. isteri sudah lebih tinggi dari timbalan perdana menteri.

Hari ini najib buktikan lagi sayangnya pada rosmah gedik-gedik, si suami akhirnya melenting mengamuk dan marah, melenting marah bukan kepada isterinya yang dari dulu hingga sekarang dipalit pelbagai skandal pembaziran wang rakyat, pelbagai skandal pembelian yang melampau-lampau.

Tapi najib melenting pada orang yang mahu siasatan dijalankan terhadap isterinya itu. mahu siasatan dijalankan berkaitan dengan banyak cerita-cerita mengenai pembaziran selama ini, ehh kalau tak salah, biar saja la siasatan dijalankan. takut ke?

Najib altantuya hari ini mungkin atas desakan rosmah marah-marah, katanya semua cerita tentang keborosan rosmah bohong, cerita rosmah berbelanja sakan di Australia pun kata najib bohong, sengaja diada - adakan katanya.


Apa pulak sengaja di ada-adakan, apa motifnya jika mahu merekacipta cerita?, tambahan pula penulis itu kata dia punya cukup bukti?. kenapa rosmah masih tidak mahu ambil tindakan sehingga sekarang?, persoalannya kenapa hanya mahu menafikan, tapi takut ambil tindakan?.

Najib suka tweeter, senang sampaikan informasi katanya, lalu menulis di tweeter la najib hal isteri kesayangannya itu, 

"Ini cerita yang dibesar-besarkan dan sengaja direka untuk menjejaskan persepsi rakyat tentang pemimpin mereka," katanya najib di Twitter malam tadi.

Kalau benar cerita ini sengaja direka, najib takkan tak mahu ambil tindakan, tak cukuplah jika hanya berkata kata, rakyat mahu juga lihat buktinya.

Najib kerana sayang sangat kepada rosmah gedik-gedik akhirnya terpaksa membela rosmah, mungkin telinganya sudah tidak tahan agaknya setiap hari rosmah dikecam kerana "beli baju", kesian si suami melihat isterinya itu sedih setiap hari gara-gara dikecam rakyat atas satu kesalahan kecil dimata najib.

Mungkin pada fikiran najib perkara ini sengaja diperbesarkan, apalah sangat jika rosmah berbelanja lebih sedikit, setakat RM325,000 sepatutnya tidak diperbesarkan sangat, keluarga sharizat yang dituduh guna wang rakyat lebih banyak itu yang sepatutnya diberi lebih perhatian.

Najib mahu hal rosmah rakyat jangan campur, kerana dia tak sanggup lagi lihat isterinya sedih setiap hari , kerana sayangnya najib pada rosmah, najib kata hal belanja duit rakyat adalah cerita yang diperbesar - besarkan.

Tapi setakat menafikan, setakat tulis di tweeter mana cukup, kalau benar ini cerita yang direka, bersihkan nama rosmah, itupun jika benar sayang pada rosmah, bagi rakyat setakat berkata-kata siapa pun boleh buat, sama seperti bila najib kata pada Anwar jangan debat denganya, takut nanti Anwar demam, setakat cakap, semua boleh cakap, tapi sampai sekarang najib takut nak berdebat dengan Anwar, demam barangkali.

Bahagian 1 - Analisis penuh kekayaan rosmah (Wajib baca)
Bahagian 2 - Analisis penuh kekayaan rosmah II (Rosmah nak saman?)
Bahagian 3 - Analisis penuh kekayaan rosmah III (Beg tangan palsu)
Bahagian 4 - Analisis penuh kekayaan rosmah IV (FLOS terkedu lagi)
Bahagian 5 -Analisis penuh kekayaan rosmah V (Mahu jadi ahli sukan)
Bahagian 6 -Analisis penuh kekayaan rosmah VI (Sayang permata)
Bahagian 7 -Analisis penuh kekayaan rosmah VII (Skandal pereka fesyen)


Artikel berkaitan

 
Support : Templates Doctor | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Tukanglawantest - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Templates Doctor
Proudly powered by Blogger